Friday, February 11, 2011

Kadar sewa yang tidak munasabah!!!!!!!

Disebabkan pengambilan hak milik tanah daripada penduduk Kg. Ladang oleh pihak Kerajaan Negeri, telah menyebabkan keseluruhan penduduk Kg. Ladang terpaksa berpindah ke Pangsapuri Gemilang yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Hal ini bagi memastikan penduduk mendapat tempat tinggal yang selesa.Keselesaan jelas di rasai oleh penghuni pangsapuri tersebut.Walaubagaimanapun,apa yang boleh dikatakan, kebanyakan mereka yang tinggal di pangsapuri tersebut  mengalami tekanan dari segi bayaran sewa yang telah dihadkan iaitu RM300 dan RM850 yang akan membebankan bagi setiap penyewa tersebut kerana kebanyakan mereka bukanlah daripada golongan yang berpendapatan tinggi.Tidak terfikirkah pihak berwajib tentang bebanan penghuni tersebut?kenapa tidak diberi tanah dan rumah gantian,sedangkan duit bila-bila masa boleh habis!!!duit saper tak nak!!! Sedangkan tanah mereka tergadai,pemilik tanah hidup dalam bebanan…….

Kepesatan pembangunan berkala di Negeri Terengganu.

Sememangnya tidak dapat dinafikan kepesatan pembangunan di Negeri Terengganu pada masa kini yang dikatakan “Bandaraya Pesisir Air” yang gah diperkatakan.Tidak hairanlah pembangunan yang akan giat dibangunkan nanti bagi memastikan Negeri Terengganu setaraf dengan bandaraya-bandaraya lain.Untuk menjadi bandaraya yang pesat membangun, kita tidak semestinya mengabaikan tanggung jawab terhadap penduduk di negeri sendiri. Seharusnya kebajikan penduduk perlulah dijaga bagi memastikan keharmonian rakyat sebaris dengan pembangunan yang akan dibangunkan.Adakah berlaku sedemikian yang dikehendaki oleh penduduk di Negeri Terengganu????

Projek yang akan di bangunkan belum mendapat perhatian pihak kerajaan negeri.

Sememangnya jelas dapat di lihat projek dikawasan tersebut belum mendapat perhatian daripada kerajaan negeri, sedangkan penduduk di gesa untuk mengosongkan kawasan tersebut dengan notis.Apakah pembangunan yang akan dibina di kawasan tersebut?adakah pembangunan tersebut boleh memberi ekonomi yang rancak dan berkesan kepada Negeri?adakah ia sekadar pembangunan kosong yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk setempat melainkan peniaga-peniaga yang berjaya seperti golongan Cina??

Dimana pengusaha tembaga di Park Royal dan Ladang Sekolah akan meneruskan industri tembaga jika tanah diambil?

Bagi pengusaha  yang boleh dikatakan berjaya bertapak dikawasan tersebut dan memberi pulangan ekonomi yang besar untuk mereka,apakah yang akan berlaku dengan perniagaan mereka jika tanah telah diambil oleh kerajaan negeri?Tidakkah terfikir bagaimana mereka akan bertapak semula?Dengan cara yang bagaimana mereka ingin mencari peluang dan pelanggan yang tetap seperti syarikat-syarikat besar yang akan mengeksport barangan tembaga mereka mungkin di pasaran Antarabangsa?

Isu Ketuanan Melayu yang telah diperkatakan oleh sahabat-sahabat PKR!!!

Jangan membiarkan masalah tersebut menjadi senjata ataupun isu kepada pihak yang ingin menggulingkan pemerintahan kerajaan yang sedia ada,sedangkan pihak kerajaan juga menyuarakan isu Ketuanan Melayu!Jika ini terjadi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin kurang.Sememangnya jelas dapat dilihat kepercayaan rakyat semakin menghakis dengan isu pengambilan tanah tersebut.Adakah mungkin sememangnya mereka ditipu…ditipu…ditipu…

RTM tidak adil?adalah jelas dapat dilihat RTM sendiri  tidak memberi keadilan kepada kerajaan Negeri Terengganu sedangkan RTM merupakan nadi dan dikatakan lidah kepada kerajaan.Dimana keadilan yang diberikan?tidak terfikirkah cara RTM tersebut boleh memusnahkan tampuk pemerintahan negeri……takutnya tengok keadaan negara sekarang!!!!!!BANGKITLAH MELAYU!!!



1 comment:

  1. blog ni gelap..tulisan pun x menarik..di cadangkan buat warna2 yg terang..supaya nmpk ganah,,spti nma blog..wink..wink..

    ReplyDelete